Simpan balak

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 33 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 16%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

SungaiPetani PENYELIA kilang papan warga Myanmar didenda RM10,000 atau 10 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan menyimpan kayu balak secara tidak sah pada November lalu.

Tertuduh, Bo Bo Tun, 36, mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mengawal hasil hutan iaitu 10 tual kayu spesies Merbau tanpa bayaran royalti, premium dan ses kepada pihak berkuasa negeri. Kejadian dilakukan di kilang papan Wooi Guan, Batu 38, Jalan Baling pada jam 9.15 pagi, 2 November lalu.Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984 , Enakmen Perhutanan Negara 1985 yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 84 Enakmen sama.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 6:00 AM

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.