Siaran Brunei serentak siar bacaan surah Yasin bagi kekang Covid-19 - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 58 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 27%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Malam tadi, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menerusi perutusan khas dari Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan menitahkan rakyatnya supaya banyak istighfar dan bertaubat.

PUTRAJAYA: Penduduk di timur Sarawak dan Labuan sejak kelmarin dapat menyaksikan Radio Televisyen Brunei menyiarkan bacaan surah Yasin serentak pada pukul 7 malam yang boleh diikuti jelas secara langsung menerusi platform siaran dalam talian RTBGo.

Menerusi slot Berita Perdana 8 malam disiarkan saluran RTB Perdana pada Isnin lalu, dua penyampainya memaklumkan bahawa ikhtiar itu bagi membendung penularan kes Covid-19 yang diputuskan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei melalui Pusat Dakwah dan Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama RTB, Pejabat Perdana Menteri.

Kerajaan Brunei juga meminta rakyatnya membaca surah tersebut diikuti ‘Doa Senegara’ bersama-sama keluarga di rumah atau di mana sahaja ketika siaran program khas tersebut bagi memohon kepada Allah agar musibah dapat dihapuskan serta masyarakat terlindung daripada bala tersebut. Pembacaan surah itu sebenarnya sudah disiarkan RTB sejak 10 Ogos lalu bersempena tahun baharu 1443 Hijrah bermula setiap pukul 5.30 pagi, 6.40 pagi dan sejurus selepas azan maghrib susulan lonjakan kes Covid-19 buat julung kali direkodkan pada 7 Ogos lalu dengan tujuh kes baharu sebelum bertambah teruk apabila hari ini mencatatkan kumulatif 852 kes positif.

Ekoran perkembangan buruk itu, Kementerian Pendidikan Brunei semalam mengarahkan sesi persekolahan penggal ketiga yang bermula hari ini, diubah kepada pengajaran dalam talian.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Bagus betul la sultan brunei nie.. Jeles aku dgn org brunei

Berbeza dgn negara kita tgh berebut kuasa walaupun dimusim bala penyakit...

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.