Shahriffuddin Ariffin mara ke peringkat kedua kelayakan Jelajah Golf Jepun

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 40 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pemain golf profesional Malaysia, Shahriffuddin Ariffin mara ke Peringkat 2 Kelayakan Jelajah Golf Jepun.

PETALING JAYA: Pemain golf profesional Malaysia, Shahriffuddin Ariffin mara ke Peringkat 2 Kelayakan Jelajah Golf Jepun dengan apabila menamatkan cabaran pada peringkat pertama di tangga kesembilan.

Pada Kejohanan Kelayakan Peringkat 1 di Kelab Desa Itsuura Teien di Fukushima itu, pemain berbakat berusia 22 tahun itu meledak pusingan 69, 71, 69 dan 70 untuk menamatkan saingan dengan sembilan di bawah par, 12 pukulan di belakang pemenang Takahide Abe dari Jepun. Mematik laporan Golf Matter, terdapat sembilan kejohanan Peringkat 1, dengan bilangan pemain yang mara ke Peringkat 2 daripada setiap pertandingan ditentukan secara prorata.

Peringkat 2, Peringkat 3 dan Kelayakan Akhir Jelajah Golf Jepun berlangsung dari akhir Oktober hingga awal Disember. Shahriffuddin berada dalam prestasi yang baik tahun ini dengan tiga kemenangan dalam Jelajah PGM tempatan dan hampir memenangi Jelajah Pembangunan Asia, kalah playoff di Piala Laguna Phuket pada Mei. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.