SANDAKAN: Presiden Warisan, Shafie Apdal, memohon maaf kepada anggota keselamatan, ahli keluarga mereka, dan rakyat atas "kenyataan spontan" seorang pemimpin partinya yang "disalah ertikan" dan "sama sekali tidak berniat untuk menghina" perjuangan perajurit dan anggota keselamatan.
Shafie tidak menamakan pemimpin itu, namun dipercayai beliau merujuk kepada Mohamaddin Ketapi, yang kenyataannya berkait pencerobohan Lahad Datu pada 2013 mengundang kecaman orang ramai baru-baru ini. "Sebagai bekas timbalan menteri pertahanan, saya amat memahami keperitan yang terpaksa ditempuh anggota keselamatan ketika menjaga sempadan negara terutama di pos-pos kawalan Sabah yang terpencil dan serba kekurangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamaddin sebelum ini berkata tentera dan polis berperang dengan ayam dan anjing semasa peristiwa itu, dan ramai orang terkorban dalam pertempuran itu kerana ia "sandiwara". Bekas menteri itu nafi memperkecilkan pasukan keselamatan, mengatakan kenyataannnya disalah ertikan dan diambil di luar konteks.
Kepala hotak kau!!! kalau tentera/polis berperang dengan anjing &ayam, belum tentu kamu boleh hidup selasa jadi KM.
video sudah jelas
mohdshafieapdal pun pakai alasan ni juga? Sorry lah. Kami dah tgk video tu, memang jelas Din Ketapi hina wira2 kita.
Itu cerita semalam. Cerita hari ini mcm mana nak jawab? Covid19 juga sandiwara politik?
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »