'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 39 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Jakarta “INSYA-Allah nanti bersatu kembali di negeri abadi,”kata komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow kepada Bunga Citra Lestari atau BCL mengenai pemergian suaminya.

Melly menerusi Instagram berkata, dia berdukacita atas kehilangan Ashraf dan mendoakan Ashraf ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Buat BCL, saya turut berduka atas wafatnya belahan jiwamu Ashraf Sinclair. Semoga arwah ditempatkan di syurga terindah Allah SWT. Diharapkan kamu diberikan lautan ikhlas dan sabar seluas luasnya,” tulis Melly. Sementara itu, penyanyi terkenal Agnes Monica turut mengucapkan salam takziah kepada BCL atas pemergian Ashraf.

“Saya minta maaf atas berita ini. Ketika mendengar berita ini saya fikir tidak betul. Turut berduka,” tulisnya di ruangan komen pada salah satu video Instagram BCL.Sementara itu, Instagram Ashraf iaitu @ashrafsinclair dihujani ribuan ucapan takziah daripada peminat dan rakan artis. Hantaran terakhir iaitu gambar dia di New York, Amerika Syarikat yang dimuat naik tiga hari lalu menerima lebih 90,000 tanda suka dan hampir 16,000 komen.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.