Semoga rohnya dicucuri rahmat

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 34 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

ipoh Jenazah Lans Koperal Saifullah Mohamad, 32, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Tanjung Rambutan di Ipoh kira-kira 11 malam ini.

Saifullah yang bertugas di Balai Polis Pasir Gudang meninggal dunia selepas dirempuh sebuah lori sebaik selesai menjalankan tugasan sekatan jalan raya di Jalan Canggung, Taman Pasir Putih di Pasir Gudang, awal pagi tadi.Terdahulu, jenazah Saifullah tiba di Masjid Jamek Tanjung Rambutan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan masjid sebaik isteri arwah, Lans Koperal Norina Bakri, 33, tiba sambil mendukung bayi sulung mereka, Muhammad Hanan Attaqi berusia 51 hari dan melihat jenazah arwah. Bagaimanapun, Norina yang bertugas di Balai Polis Johor Jaya, Pasir Gudang tidak kelihatan ketika pengebumian disebabkan baru beberapa hari selesai berpantang.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, lori yang datang dari arah Kota Masai ke Taman Pasir Putih dipercayai kerana hilang kawalan sebelum terbabas. Ketika itu terdapat enam anggota polis sedang memuatkan kelengkapan operasi sekatan jalan raya ke atas Land Rover untuk kembali ke pangkalan.Berita berkaitan

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines