Sembilan kampung di Chukai berisiko banjir malam ini

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 42 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Sembilan kampung di Chukai berisiko banjir berikutan fenomena air pasang besar dengan ombak setinggi 3.7 meter diramalkan berlaku malam ini.

KEMAMAN: Sembilan kampung di Chukai di sini berisiko banjir berikutan fenomena air pasang besar dengan ombak setinggi 3.7 meter yang diramalkan berlaku malam ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, fenomena yang bermula dari pukul 8 hingga 11 malam itu bakal menyebabkan lebih 200 kediaman penduduk di kawasan rendah dinaiki air. Katanya, kampung yang terlibat ialah Kampung Tempurung, Kampung Tanjung Mak Tat, Kampung Dusun Nyor, Kampung Bakau Tinggi, Kampung Kubang Kurus, Kampung Pengkalan Pandan, Kampung Pasir Minal, Kampung Kuala Kemaman dan Kampung Geliga.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang tinggal di kawasan berisiko agar bersiap siaga untuk berpindah bagi memastikan keselamatan keluarga masing-masing terjamin. “Kita juga minta penduduk sentiasa peka dengan keadaan sekitar dan mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui selepas melawat kerja-kerja pembersihan saliran di Geliga, hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Mangsa banjir di 5 negeri meningkat, 2 negeri catat penurunan | The Malaysian InsightMangsa banjir di Sabah, Pahang, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan catat peningkatan tengah hari ini.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Air pasang besar, limpahan Sungai Melaka punca banjir di Kampung Morten | The Malaysian InsightAir pasang besar, limpahan Sungai Melaka punca banjir di Kampung Morten
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Banjir: Jumlah mangsa di lima negeri terus meningkat pagi ini | Harian MetroKuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah terus mencatat peningkatan pagi ini berbanding semalam.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Bomba bantu bawa jenazah warga emas | Harian MetroDungun: Jenazah warga emas terpaksa dibawa menggunakan lori bomba selepas jalan ke tanah perkuburan di Kampung Pasir Raja, di sini, ditenggelami air akibat banjir, hari ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Mangsa banjir di Negeri Sembilan meningkat - Utusan DigitalMenerusi laporan yang dikeluarkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Negeri Sembilan, sebanyak 13 buah PPS telah dibuka di tiga buah daerah tersebut sejak awal pagi tadi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Mangsa banjir di Negeri Sembilan kini 1,975 orang - Utusan DigitalLaporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Negeri Sembilan berkata, kesemua mangsa terjejas banjir dari daerah Tampin, Jempol dan Kuala Pilah terdiri daripada 544 buah keluarga.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »