Sekolah zakat diwujudkan di setiap daerah di Kedah - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 67 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 30%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

'Mereka dibesarkan dalam keluarga miskin dengan ketua keluarga mungkin terpaksa lebih memikirkan hal berkaitan urusan makan dan minum berbanding urusan pelajaran anak-anak.'

ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah bercadang mewujudkan sekolah zakat di setiap daerah di negeri ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar daripada golongan miskin mendapat pendidikan lebih baik untuk mengubah nasib keluarga mereka pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, setakat ini, pihaknya memiliki tiga sekolah zakat iaitu Maahad Dini Sultan Abdul Halim cawangan Suka Menanti dan Tahfiz Ulul Albab di Mergong di sini, serta Maahad Dini Sultan Abdul Halim cawangan Sik di Kampung Belantik, Sik. Dalam masa terdekat, katanya, sebuah lagi Maahad Dini Sultan Abdul Halim bakal dibuka di Kulim dengan segala urusan berada di peringkat akhir dan kemasukan pelajar dijangka dimulakan pada 2023.

“Kita berasakan anak-anak daripada keluarga miskin jika tidak dibantu mungkin sukar untuk mereka bersaing dari segi keselesaan, kemampuan dan cara berfikir untuk mengubah masa depan. Mereka dibesarkan dalam keluarga miskin dengan ketua keluarga mungkin terpaksa lebih memikirkan hal berkaitan urusan makan dan minum berbanding urusan pelajaran anak-anak.

“Jadi anak-anak ini kita bantu dan letakkan di sekolah-sekolah zakat itu. Setakat ini sudah ada tiga sekolah zakat di Kedah dan kita akan mengambil alih sebuah sekolah agama di Malau, Kulim tidak lama lagi dengan kos baik pulih RM1.7 juta bagi dijadikan sekolah zakat keempat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Oleh Syarikat-Syarikat Korporat di Menara Zakat, dekat sini hari ini yang turut dihadiri Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Syafiq Ahmad sah kembali ke pangkuan Kedah - Utusan DigitalEmpat tahun selepas menyertai JDT, Syafiq kembali ke Kedah menerusi pinjam setahun.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

500 sukarelawan Kedah balas budi orang Selangor - Utusan Digital500 sukarelawan Kedah balas budi orang Selangor
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Syafiq 'senjata' baharu Kedah | Harian MetroAlor Setar: Kehadiran semula pemain sayap, Syafiq Ahmad yang dipinjamkan kelab Johor Darul Ta'zim FC (JDT) ke pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mampu memberi kekuatan baharu dalam corak serangan skuad Hijau Kuning bagi menempuhi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Pasukan Bencana Istana Negara terus misi di 4 daerah - Utusan DigitalPasukan Bencana Istana Negara ditubuhkan atas cetusan idea Seri Paduka dengan tujuan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa yang telah hilang tempat berteduh dan mengalami kerugian besar akibat kemusnahan harta benda susulan bencana banjir… Agong pula kena buat kerja2 kerajaan yg tak boleh harap ni. Daulattuanku
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Bilik-bilik utama sekolah bakal ditempatkan di tingkat atas elak terjejas banjir - Utusan DigitalBilik-bilik utama itu seperti pejabat pentadbiran, bilik guru, komputer dan bilik buku teks.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Dilarang merokok di semua pantai di Sepanyol - Utusan DigitalSesiapa yang langgar undang-undang itu boleh didenda 2,000 euro (RM9,503)
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »