Perubahan hidup yang terpaksa dilakukan secara mendadak tanpa persediaan bukan satu perkara yang mudah. Setiap orang perlu sentiasa mendapat maklumat yang tepat bagi memastikan tindakan yang dibuat tidak melanggar keputusan yang ditetapkan pihak berwajib seperti Majlis Keselamatan Negara , Kementerian Kesihatan Malaysia , dan Polis Diraja Malaysia .
Sebagai contoh, ada berita tersebar mengenai kononnya orang ramai akan diperintahkan berada di rumah dan tidak dibenarkan langsung keluar termasuk untuk mendapatkan keperluan harian. Akibatnya orang ramai menjadi panik lantas membuat pembelian barang makanan melebihi keperluan. Penyebaran berita palsu ini boleh dikira sebagai perbuatan khianat kerana pihak yang terlibat tidak akan bertanggungjawab atas informasi yang disebarkan. Golongan seperti ini adakalanya bangga kerana menjadi orang yang pertama mengetahui sesuatu berita lalu menyebarkannya kepada orang ramai sedangkan maklumat itu tidak tepat.
Perbuatan membohongi orang lain bukan sesuatu yang remeh sebaliknya ia termasuk dalam tanda-tanda golongan munafik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati."
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »