‘Saya mahu tukar seluruh pasukan’

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 43 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Berang Manchester United dimalukan 4-0 oleh Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam, Erik ten Hag berkata, jika boleh dia mahu menukar semua pemain yang beraksi pada babak pertama perlawanan itu.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo antara yang mengisi kesebelasan utama Red ­Devils, yang tampak tidak bermaya sepanjang separuh masa pertama hingga memaksa Ten Hag melakukan tiga pertukaran memasuki separuh masa kedua.“Kita semua lihat perlawanan ini dan saya fikir Brentford lebih dahagakan kemenangan. Anda boleh mempunyai rancangan yang baik tetapi kami terpaksa meletakkan rancangan itu ke tong sampah,” kata pengendali dari Belanda itu.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut buat United pada musim baharu liga selepas dimalukan 1-2 oleh Brighton di laman sendiri minggu lalu. Ten Hag, 52, berkata, United perlu diperkuat dengan pemain-pemain lebih berkualiti dan menuntut pemilik kelab, keluar­ga Glazer melakukan sesuatu dalam jendela perpindahan pemain yang akan ditutup pada 1 September ini.“Dalam tempoh 35 minit dan dibolosi empat gol. Itu tidak sepatutnya berlaku.

“Anda perlu bertanggungjawab di atas padang. Sebagai satu pasukan dan individu, itu lah perkara yang kami tidak ­lakukan hari ini. “Apa yang saya minta ialah bermain dengan keyakinan serta bertanggungjawab di atas persembahan mereka,” kata Ten Hag.Tiga lagi jaringan tuan ­­rumah dihasilkan oleh Mathias Jensen pada minit ke-18), diikuti Ben Mee serta Bryan Mbeumo . – AGENSI

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Bukan menolak, cuma mahu muzik saya ke hadapan - Indah Ruhaila'Muzik harus ke hadapan. Kalau ada yang buat, itu terpulang,'.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Tok Gajah mahu terus 'mengamuk''Saya juga mengenali kekuatan dimiliki Dollah kerana pernah bekerja dengannya semasa bersama pasukan kebangsaan satu ketika dahulu, beliau sangat pandai membangkitkan semangat pemain-pemain.' - FADHLI SHAS
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Sanusi tak tahu permohonan tukar tanam Musang King Jun laluSanusi tak tahu permohonan tukar tanam Musang King Jun lalu 🤔 Memang makan gaji buta duk main bola ragbi buta je
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Diugut bunuh, Willian tinggalkan Corithians“Apabila Corinthians tewas dan kebetulan saya beraksi, keluarga saya sering me­nerima ugutan dan sera­ngan di media sosial. Isteri dan anak-anak saya menjadi mangsa, terbaru mereka mengancam ba­pa dan kakak saya.'
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Nidzam kena pastikan emosi pemain Selangor OK“Saya percaya daripada sudut emosi sekarang adalah sangat penting dan saya suka dengan kepercayaan yang diberi pemain dengan situasi sekarang
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Drama Minggu Ini bawa Nancie ke dunia lakonan“Saya ada ramai kawan Melayu di sekolah. Disebabkan itu, saya boleh berbahasa Melayu dengan baik'
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »