'Sang juara' bermula garang - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 27 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 14%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

JDT laung amaran awal sedia merangkul kejuaraan Liga Super kelapan berturut-turut selepas memastikan Piala Sumbangsih tidak keluar dari Johor sejak 2018.

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim memulakan saingan Liga Malaysia musim ini dengan langkah bergaya apabila menundukkan Kedah Darul Aman 2-0 dalam perlawanan pertama liga yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Piala Sumbangsih yang juga dikenali sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu dijulang sendiri pemain dan pengurusan kelab selari dengan pematuhan prosedur operasi standard norma baharu. Percubaan berbahaya pertama daripada Kedah muncul pada minit ke-18 apabila rembatan kencang Tchetche Kipre berjaya ditepis keluar penjaga gawang JDT, Farizal Marlias.

Gol kedua tuan rumah diperoleh pada minit ke-67 apabila percubaan rendah Natxo Insa dari luar kotak penalti berjaya gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Shahril Sa’ari.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.