Sabah wajibkan saringan Covid-19 pekerja ladang

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 35 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kotakinabalu Syarikat perladangan di Sabah diarah melaksanakan ujian saringan Covid-19 terhadap semua pekerja di ladang masing-masing.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, arahan itu dikeluarkan kerajaan negeri berikutan dua kluster baharu membabitkan pekerja ladang yang dilaporkan hari ini.

"Kerajaan juga mengarahkan semua pengusaha ladang untuk menyediakan fasiliti kesihatan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah di ladang masing-masing atas dasar tanggungjawab sosial dan kebajikan pekerja," katanya ketika sidang media perkembangan Covid-19 Sabah di sini, hari ini. Masidi berkata, kes baharu di kedua-dua ladang itu dikesan menerusi saringan secara besar-besaran yang dilaksanakan pengurusan ladang melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial .

Masidi menambah, bagi pekerja ladang yang tidak dilindungi PERKESO, syarikat pengurusan perlu membiayai kos saringan mereka agar tiada pekerja ladang yang tercicir daripada menjalani ujian saringan Covid-19.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

👍🏻👍🏻👍🏻

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.