Beliau berharap laluan penerbangan itu akan dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat kerana laluan penerbangan juga merupakan antara faktor penting untuk menarik pengunjung dari negara jiran datang ke Sabah.
“Ini masa yang tepat untuk Sabah menyasarkan destinasi pelancongan kesihatan dengan mempromosikan kemudahan terkini yang ditawarkan hospital khususnya kepada pasaran Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini. Semalam, Jafry mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, Pengurus Besar Muhammad Ariff Abdul Aziz serta beberapa kakitangan syarikat penerbangan itu di Kuala Lumpur.
Beliau berkata menerusi rantaian nilai dan industri pelancongan kesihatan pastinya akan membuka peluang kepada pelancong untuk menerokai lokasi pelancongan berkonsepkan “nature healing” yang ada di Sabah. Menurutnya Sabah harus memanfaatkan sepenuhnya trend semasa pelancongan kesihatan memandangkan setiap pelancong perubatan berpotensi berbelanja lebih tinggi berbanding pelancong biasa. – Bernama, 4 Ogos, 2022.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: DailyExpress_MY - 🏆 3. / 83 Read more »