Sabah FC rampas takhta liga dari JDT

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 27 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 14%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Sabah FC merampas kedudukan selaku peneraju Liga Super dari Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Sri Pahang FC, 2-1.

Tiga mata penuh diraih anak didik Datuk Ong Kim Swee memastikan mereka mengumpul 18 mata selepas lapan perlawanan meninggalkan JDT ditangga kedua dengan 16 mata namun penyandang juara Liga Super itu masih kekurangan dua perlawanan.Sabah yang dilihat antara pesaing utama musim ini tidak menunggu lama untuk berada didepan hasil jaringan penyerang import, Neto Pessoa pada minit ke-10.

Berselang lapan minit kemudian, Sabah memperolehi gol kedua menerusi rembatan menarik dari luar kotak penalti yang dihasilkan pemain import dari Jepun, Taiki Kagayama. Selang 10 minit selepas babak kedua bersambung, Sabah berpeluang untuk menjadikan kedudukan 3-0 selepas dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain Sri Pahang FC.

Usaha Tok Gajah memburu gol akhirnya terhasil menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain import dari Argentina, Manuel Hidalgo pada minit ke-59 untuk kedudukan 2-1.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.