Rumah

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 101 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 44%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

“Betul ke ayah nak beli tanah tepi sungai tu?” tanya Anis ketika berkunjung ke rumah ayah pada hujung minggu. Emak Anis sibuk di dapur menyediakan minuman petang.

Tariq, suami Anis duduk bersebelahan Anis.

“Ayah dah fikir habis-habis?” Anis menduga lagi kemahuan ayah. Sudah pasti ayah telah termakan pujuk rayu si penjual tanah. Hajah Rokiah sendiri pelik dengan perubahan suaminya. Tiba-tiba hendak membangunkan projek homestay. Hantu mana yang telah merasuk suaminya. Sekarang ini pagi petang siang malam, suaminya asyik bercakap tentang projek homestay.

“Kamu dengar ini Kiah, Anis, Tariq! Bila rumah homestay itu siap nanti, katalah ayah letak sewa semalam RM600 Jika tiap-tiap Sabtu Ahad ada orang sewa, ayah boleh dapat sebulan RM4,800 Itu dah ibarat gaji ayah sebulan. Kalau tiap-tiap hari ada orang sewa, lagi mewahlah gaji bulanan ayah! Itu pun belum campur hari cuti umum!” Haji Ebrahim menerangkan gambaran keuntungan yang akan diperoleh daripada projek rumah homestay yang akan dibina.

Suasana sepi seketika. Hajah Rokiah menggeleng-gelengkan kepala mengenangkan sikap suaminya yang masih berkeras hendak membeli tanah di tepi sungai kerana ingin membina rumah homestay. Anis dan Tariq berpandangan sesama sendiri tanpa kata-kata. Haji Ebrahim mencari kontraktor yang akan mereka bentuk dan membina rumah homestay yang diidam-idamkannya. Dia mahu reka bentuk homestay mengikut cita rasanya. Dia mahu rumah itu memiliki ciri-ciri rumah tradisi orang Melayu. Akhirnya Haji Ebrahim menemui kontraktor yang memenuhi kehendaknya membina rumah homestay yang diimpikannya.

Hari demi hari, minggu demi minggu, projek pembinaan rumah homestay Haji Ebrahim berjalan dengan lancar. Rangka rumah sudah mula nampak. Haji Ebrahim mengajak isteri dan anak menantunya bergambar di hadapan rumah homestay sebagai bukti dokumentasi dan kenang-kenangan. Wajah Haji Ebrahim begitu ceria dan bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

Menjelang dinihari Haji Ebrahim dikejutkan bunyi ketukan kuat bertalu-talu di luar pintu rumah diikuti panggilan nama Haji Ebrahim bersahut-sahutan. Dengan mata terpisat-pisat Haji Ebrahim membuka pintu rumah. Isteri, anak dan menantunya turut terjaga.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Tujuh individu selamat dalam kebakaran rumah, bengkelTujuh individu selamat selepas mereka berjaya keluar menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dan bengkel besi di Kampung Temiang, Seremban, awal pagi tadi. Syukur
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

11 rumah rosak dibadai ributSemua rumah penduduk itu mengalami kerosakan di bahagian bumbung apabila diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut semalam.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Indonesia-Malaysia sepakati draf MoU penempatan dan perlindungan pembantu rumah | The Malaysian InsightKesepakatan dicapai termasuk gaji, cuti mingguan dan tahunan, hak berkomunikasi, larangan menahan pasport dan seorang PDI berkhidmat bagi isi rumah tidak melebihi enam orang.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Indonesia-Malaysia sepakati draf MoU penempatan dan perlindungan pembantu rumah | The Malaysian InsightKesepakatan dicapai termasuk gaji, cuti mingguan dan tahunan, hak berkomunikasi, larangan menahan pasport dan seorang PDI berkhidmat bagi isi rumah tidak melebihi enam orang.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

11 rumah rosak dibadai ributSemua rumah penduduk itu mengalami kerosakan di bahagian bumbung apabila diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut semalam.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »