Rampas 42,000 batang rokok seludup

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 46 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Sipitang Seorang lelaki ditahan bersama 42 kotak mengandungi 42,000 batang rokok seludup yang disembunyikan di dalam van di Kampung Padang Berampah, di Sipitang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, ketika beliau bersama anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang melakukan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Covid-19 pihaknya menerima maklumat berkaitan van dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

"Pasukan polis berjaya mengesan van berkenaan di rumah tidak bernombor di Kampung Berampah sebelum mendapati suspek berada dalam premis itu. "Lelaki itu kemudian mengakui yang van berkenaan miliknya. Pemeriksaan dijalankan menemui 42 kotak besar berisi rokok pelbagai jenama tanpa cukai kastam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Champin berkata, tangkapan berusia 44 tahun bersama rokok dibawa ke IPD Sipitang untuk siasatan lanjut kerana terbabit dalam aktiviti penyeludupan rokok seludup. "Siasatan awal mendapati semua rokok dirampas itu adalah barang larangan import yang tidak membayar cukai. Pemeriksaan lanjut mendapati, 42 kotak itu mengandungi 42,000 batang rokok pelbagai jenama," katanya."Mohon orang ramai khususnya warga Sipitang supaya menyalurkan maklumat kepada polis mengenai aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan kediaman mereka," katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Penonton Facebook Gaming 'sumbang' RM900,000Pengguna Facebook di negara ini bukan saja menjadikan laman sosial berkenaan sebagai medium maklumat semasa, sebaliknya penonton kandungan permainan di negara ini turut ‘bermurah hati’ dengan transaksi sokongan kepada penstriman kandungan video melebih RM900,000.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Bank raises RM350,000 for disadvantaged kids' educational needs | New Straits TimesNSTnation The programme is one of the initiatives under UOB's global UnitedForYou Covid-19 Relief Programme, which brings together the strengths of the UOB network & like-minded partners to help customers, colleagues& communities through to better times.
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »

Merokok memang antikesuburanLEBIH bergaya, macho dan dapat menghilangkan tekanan. Itu antara alasan mengapa ada lelaki memilih gaya hidup sebagai perokok.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »