Pihak pendakwaan akan menyerahkan salinan rakaman kamera litar tertutup hotel dan analisis laporan forensik kepada pihak pembelaan membabitkan lelaki warga Israel Avitan Shalom yang didakwa atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 200 butir peluru pada 30 Julai ini.
“Ada beberapa dokumen yang masih belum diserahkan termasuk rakaman CCTV dan analisa laporan forensik berkaitan kes. Mohon tarikh sebutan dalam tempoh sebulan untuk pihak kami menyerahkan kesemua dokumen kepada pembelaan sebagai persediaan perbicaraan,“ kata Mohamad Mustaffa pada sebutan kes hari ini.
“Kami juga bersetuju sekiranya tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan,” katanya yang turut dibantu peguam Navinjit Singh.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun, dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »