Rafizi berkata, misi pertama ialah untuk menaikkan gaji seluruh rakyat dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
Katanya, langkah itu penting kerana rakyat tidak boleh berterusan menerima paras gaji rendah seperti pada masa ini. “Saya tidak tahu tentang pimpinan lain, tetapi saya akan berikan sepenuh tumpuan untuk cari jalan bagaimana menaikkan gaji rakyat, misi saya lebih besar daripada kejar perompak. “Bagaimana budak keluar universiti dapat gaji antara RM1,800 hingga RM2,200 di Kuala Lumpur sedangkan pekerja goreng pisang pun dibayar RM1,500 sebulan,” katanya dalam ceramah Ayuh Malaysia di padang Taman Seraya di sini.
Katanya, tindakan itu bagi memastikan tiada mana-mana pemimpin atau individu yang membuat ucapan yang melagakan rakyat berbilang bangsa di Malaysia sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain.Rafizi berkata, kedua-dua misi itu penting bagi membersihkan negara. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »