“Sejak kejadian itu juga, dia asyik merengek dan menangis mungkin rindu kepada arwah,” kata Rosnah Mohamed, 34, isteri kepada Mohd Zukanain Abd Aziz, 39, yang maut ditetak rakan baiknya dalam kejadian di ladang sawit Kampung Beril, di Paka, Terengganu, Rabu lalu.
Rosnah berkata sejak kejadian yang berlaku di depan matanya itu, menyebabkan dia trauma dan tidurnya sering terganggu.“Mana tidak trauma, saya sendiri menerima 30 jahitan di kedua belah tapak tangan akibat menahan tetakan itu,” katanya. “Saya berharap tangan ini segera sembuh kerana selepas ini perlu bekerja bagi menyara anak-anak yang masih kecil. Saya orang susah dan tidak berpendidikan. Saya tidak tahu mahu bekerja sebagai apa, tetapi akan buat apa orang suruh asalkan rezeki itu halal buat kami, “katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »