LOS ANGELES: Putera Harry menggesa agar vaksin Covid-19 diagihkan kepada orang ramai secara adil dan menyeluruh.Harry membuat penampilan bersama puluhan selebriti terkemuka di Vax Live, sebuah konsert amal dalam usaha membantu program vaksinasi Covid-19 antarabangsa.
Konsert yang dihoskan oleh penyanyi, Selena Gomez turut menampilkan persembahan daripada beberapa artis terkemuka seperti Jennifer Lopez dan Foo Fighters. Presiden Amerika Syarikat , Joe Biden turut berucap dalam konsert yang diadakan di Stadium SoFi, Los Angeles. Putera Harry ketika menyampaikan ucapan di hadapan ribuan orang yang sudah menerima vaksin Covid-19 turut memuji usaha petugas barisan hadapan bertungkus lumus menangani pandemik itu.“Anda telah menghabiskan hampir setahun berjuang dengan berani untuk melindungi kami semua.
“Anda berkorban masa dan merisikokan diri di tengah pandemik ini demi kami. Terima kasih saya ucapkan kepada semua petugas barisan hadapan. Kami amat berhutang budi kepada anda,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »