Serbuan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu diketuai Inspektor Yap Ket Hua menerusi Operasi Noda mulai 10.25 malam.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, hasil serbuan itu, pihaknya menahan lima wanita warga Vietnam dan Indonesia berusia lingkungan 20-an serta lelaki tempatan berusia 30-an yang bekerja sebagai penjaga premis. “Semakan mendapati premis itu tidak memiliki lesen. Difahamkan kegiatan pelacuran di premis terbabit dipercayai aktif sejak beberapa bulan lalu.
“Modus operandi sindiket itu adalah menawarkan harga antara RM170 hingga RM200 bagi setiap perkhidmatan seks kepada pelanggan yang datang secara ‘walk in’ ke premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini. Azmi berkata, pihaknya turut merampas jadual kerja, telefon bimbit, lima kondom dan wang tunai RM525 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 6 akta sama, Seksyen 39 Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan,” katanya.
La..xyah lah nk 'terbongkar' sgt..org lain tahu lame dah
johor bahru pun banyak tempat tempat mcm ni...taknak serbu ke?
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »