Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri diteruskan - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 53 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kata beliau, projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri perlu dilihat dalam konteks positif kerana bakal memberi banyak manfaat kepada seluruh rakyat Kelantan.

GUA MUSANG: Projek pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri di daerah ini akan diteruskan biarpun mendapat tentangan pertubuhan bukan kerajaan dan segelintir komuniti Orang Asli.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad negeri, Mustapha Kamal Yaacob berkata, pihak TNB komited memastikan pembinaan empangan tersebut siap mengikut jadual iaitu tahun 2026. “Bantahan yang dilakukan oleh kumpulan itu adalah proses biasa, namun kumpulan yang terlibat secara langsung dengan projek ini memang menyokong projek pembinaan diteruskan. Mereka selalu bertanya bila projek ini nak siap.

“TNB akan terus memberi penerangan dalam sesi libat urus dengan kesemua pihak yang terlibat dengan projek mega ini,” katanya kepada pemberita selepas pelepasan Konvoi Program Khidmat Masyarakat TNB-Air Asia ke Pos Tohoi dan Pos Gob di sini, semalam.Sebelum ini pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri mendapat tentangan kumpulan NGO yang didakwa akan menghapus identiti masyarakat Orang Asli serta hubungan mereka dengan alam sekitar.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Mustafa Along berkata, projek itu akan menyaksikan kehilangan hutan, gua batu kapur dan kampung-kampung di sekitarnya yang seluas 5,384 hektar.- UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

jikaia memberi impak yang baik pada raayat ia wajib di teruskan,yng penting kadarnya harus wajar bila di salurkan pada raayat,rata2 sekarang disemenanjung kadarnya agak tinggi jika pendapatan dibawah kadar kemiskinan memang tak mampu.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Haily Group menang tender projek kediaman RM24.5 juta di Johor Bahru - Utusan DigitalHaily Group menang tender projek kediaman RM24.5 juta di Johor Bahru
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Urusan ambil tanah projek ECRL di Kelantan selesai - Utusan DigitalPerkembangan itu menjadikan Kelantan negeri terawal menyelesaikan isu pengambilalihan tanah sekali gus membolehkan pelaksanaan projek tersebut berjalan lancar.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

NKMH suntik semangat pekerja dengan kejutan - Utusan DigitalPekerja juga layak rasa dihargai oleh majikan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Disangka berat badan naik, rupanya ada tumor seberat 7.7 kilogram - Utusan DigitalDisangka berat badan naik, rupanya ada tumor seberat 7.7 kilogram
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Pas Melaka terkejut tempoh pengundian sehari - Utusan DigitalPas Melaka terkejut tempoh pengundian sehari
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Seronok belajar di sekolah, jumpa guru, kawan-kawan - Utusan DigitalSeronok belajar di sekolah, jumpa guru, kawan-kawan
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »