PRN: PH tukar calon DUN Bukit Selambau

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 45 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

PRN: PH tukar calon DUN Bukit Selambau BERITA NASIONAL Politik TERKINI PRNKedah

SUNGAI PETANI: Pakatan Harapan membuat keputusan untuk menamakan semula penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, R. Summugam yang pada awalnya digugurkan.Pertukaran tersebut diketahui pada Majlis Pengenalan Calon PH dan Barisan Nasional serta pelancaran Manifesto Perpaduan yang berlangsung di Laguna Merbok, malam tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 , Summugam menang dengan 17,573 undi mengatasi calon Pas, Dr. Mohd. Ali Sulaiman dan calon BN, Datuk Jaspal Singh dengan majoriti 5,635 undi.Sementara itu, Summugam ketika ditemui menganggap pencalonan semula beliau adalah kesinambungan kepada usaha keras membantu penduduk kawasan itu yang diwakilinya selama sepenggal sejak 2018.

“Saya tidak terkejut dengan pencalonan semula ini kerana pencapaian terhadap rakyat telah terbukti selama lima tahun ini dan sewajarnya saya meneruskan kerja-kerja yang belum selesai demi kebaikan penduduk Bukit Selambau. “Malah, ini juga keputusan pucuk pimpinan parti dan saya harus akur walaupun pada awalnya tidak dinamakan untuk mempertahankan kerusi ini. Sekarang adalah masa untuk membuktikan Kerajaan Perpaduan mampu merampas negeri Kedah melalui kerjasama semua pihak dalam PH dan BN,” katanya. –UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

PRN Selangor: Azmin nafi 'lari tinggalkan' DUN Bukit AntarabangsaPETALING JAYA: 'Saya nak tegaskan Hulu Kelang merupakan kerusi pertama yang saya mendapat mandat rakyat semenjak 1999”.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

PRN: Nik Abduh tolak jadi calon PRN KelantanKOTA BHARU: Tiada sebarang isu yang boleh dibangkitkan apabila nama bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh sekali lagi tidak dicalonkan bagi mewakili Pas pada pilihan raya negeri (PRN) di Kelantan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

PRN Selangor: Azmin Ali bertanding DUN Hulu KelangPETALING JAYA: Biarpun sebelum ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diumum sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Azmin lepas DUN Bukit Antarabangsa, lawan Juwairiya di Hulu Klang | Harian MetroPetaling Jaya: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sah tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

PRN: PN Terengganu pertaruh calon wanitaPRN: PN Terengganu pertaruh calon wanita BERITA NASIONAL TERKINI calon wanita
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

PRN: Calon BN di Negeri Sembilan terima maklum balas baikPRN: Calon BN di Negeri Sembilan terima maklum balas baik BERITA NASIONAL Politik TERKINI
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »