PRN: Penamaan calon di Kepala Batas meriah

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

PRN: Penamaan calon di Kepala Batas meriah BERITA NASIONAL Politik TERKINI BN

KEPALA BATAS: Lebih 1,000 penyokong Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berarak menuju ke pusat penamaan calon bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Bertam, Penaga dan Pinang Tunggal di Dewan Millenium, di sini hari ini.

Tiba kira-kira pukul 8.50 pagi, kumpulan penyokong itu dipimpin oleh ketiga-tiga calon yang bertanding untuk kerusi-kerusi tersebut iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Mohd. Naim Salleh dari UMNO-BN dan Zainuddin Mohamed . Reezal yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas dan Mohd. Naim, masing-masing akan bertanding di kerusi DUN Bertam dan Penaga manakala Zainuddin akan bertanding di kerusi DUN Pinang Tunggal yang sebelum ini disandang oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, juga dari PKR.

Terdahulu, lebih 500 penyokong Perikatan Nasional tiba ke lokasi iaitu kira-kira pukul 8.30 pagi untuk mengiringi calon-calon yang bertanding di ketiga-tiga kerusi berkenaan. Mohd. Yusni Mat Piah dan Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq akan turun selaku penyandang bagi mempertahankan DUN masing-masing iaitu Penaga dan Bertam manakala Yang Dipertua Pas Kawasan Kepala Batas, Bukhori Ghazali bertanding di DUN Pinang Tunggal. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

PRN: 4 laluan utama ditutup pada hari penamaan calon | Harian MetroGeorgetown Laluan utama di empat pusat penamaan calon di daerah Timur Laut di sini, akan ditutup bermula jam 7 pagi sehingga selesai, bagi memastikan aliran trafik berlangsung dengan lancar.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

PRN: Penamaan calon di 173 pusat jadi tumpuan | Harian MetroKualaLumpur Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membabitkan enam negeri bermula hari ini dengan 173 pusat penamaan calon akan dibuka bermula 9 pagi ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

PRN: Anwar tiba di pusat penamaan calon DUN dalam Parlimen GombakPerdana Menteri diiringi beberapa pemimpin parti kerajaan antaranya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

PRN: Proses penamaan calon bermulaJadi parti manakah yang berjaya memikat hati pengundi? Ia bergantung kepada penilaian 9,773,571 pengundi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

PRN 6 negeri mula hari ini, 173 pusat penamaan jadi tumpuanIa kali pertama menyaksikan enam negeri mengadakan pilihan raya bagi memilih Adun masing-masing secara berasingan daripada pilihan raya untuk kerusi Parlimen.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

PRN 2023: Azmin, Hilman, Hanif tiba di pusat penamaan | Harian MetroGombak: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang tiba awal di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini, tadi.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »