COLOMBO: Keadaan di Sri Lanka terus huru-hara apabila ribuan penunjuk perasaan melancarkan protes untuk mendesak Presiden Gotabaya Rajapaksa meletak jawatan segera.
Lapor Al-Jazeera, protes itu disertai golongan guru, pelajar, peguam, selebriti dan arkitek yang kebanyakannya menyatakan itu adalah kali pertama mereka melancarkan demonstrasi. Cuaca panas juga tidak menghalang penunjuk perasaan menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan dan masalah yang berlaku ketika ini.
“Kami tidak mahu ada pemimpin yang hanya susahkan rakyat dan menjadikan negara ini semakin teruk,” kata seorang peserta protes, Buddhi Karunatne.
Kerajaan sri lanka mcm perangai kerajaan umnoonline BN. Habis jahanam negara.🤬