Polis tahan pelajar Tingkatan 1 pandu kereta | The Malaysian Insight

  • 📰 msianinsight
  • ⏱ Reading Time:
  • 54 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 63%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Polis tahan pelajar Tingkatan 1 pandu kereta

POLIS menahan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun selepas videonya memandu kereta di Jalan Rozhan, Machang Bubok di Seberang Perai, Pulau Pinang semalam tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Tan Cheng San berkata, remaja itu ditahan di rumahnya di Taman Machang Bubok kira-kira jam 8 malam tadi susulan tular video berdurasi 32 saat. “Polis mengesan satu video memaparkan seorang remaja lelaki memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback bersama beberapa rakannya pada jam 3 petang semalam. Susulan itu, polis menjalankan risikan dan berjaya menahan pelajar Tingkatan 1 berkenaan.

“Polis turut menahan ibu remaja itu yang berusia lewat 40-an dan menyita kereta bagi siasatan lanjut. Polis juga sedang mengesan beberapa lagi rakan remaja berkenaan untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, remaja lelaki itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu tanpa lesen dan Seksyen 39 akta sama kerana memandu kenderaan motor di bawah umur.

Katanya pemilik kereta iaitu ibu remaja berkenaan turut disaman mengikut Seksyen 39 APJ 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu atau menunggang kenderaan bermotor. – Bernama, 1 Jun, 2023.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 8. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Polis cari 2 saksi bantu bicara kes bunuh warga Indonesia | The Malaysian InsightMereka diminta hadir semasa perbicaraan kes itu pada 6, 7, 13 dan 14 Jun ini di Mahkamah Sesyen Kajang sebagai saksi pendakwaan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Rakyat Pulau Pinang patut buat laporan polis terhadap MB Kedah, kata Guan Eng | The Malaysian InsightAhli Parlimen Bagan itu berkata kenyataan Muhammad Sanusi Md Nor membahayakan keamanan dan keselamatan negara.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Kematian saksi kes 1MDB diklasifikasikan mati mengejut, kata polis Selangor | The Malaysian InsightKetua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata kematian Kee Kok Thiam, 56, itu disebabkan faktor kesihatan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Polis Kedah tambah anggota hadapi PRN | The Malaysian InsightKetua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata pihaknya juga akan mendapatkan bantuan Bukit Aman dan negeri yang bersempadan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Malaysian Everest climber saved in rare high-altitude rescue | The Malaysian InsightSherpa guides haul unnamed mountaineer down 600m from ‘death zone’.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Polis tahan budak 13 tahun pandu kereta bersama ibu dan rakan | Harian MetroBukit Mertajam: Tindakan remaja lelaki bawah umur memandu kereta tanpa lesen dengan membawa ibu dan rakannya membawa padah apabila ditahan polis, semalam.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »