POLIS merampas 263.88 kilogram syabu bernilai kira-kira RM8.53 juta dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Segambut di Kuala Lumpur pada Sabtu lepas, sekali gus menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi warga tempatan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Yahaya Othman berkata semua dadah itu ditemukan di dalam 226 bungkusan dan polis turut menahan seorang lelaki di pangsapuri berkenaan. Beliau berkata hasil serbuan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, menahan enam lagi lelaki menerusi serbuan di beberapa negeri.
Yahaya berkata empat kenderaan masing-masing jenis Toyota Alphard, Ford Ranger, Perodua Axia dan Perodua Bezza, bernilai RM424,750 turut disita daripada suspek. Beliau berkata dadah yang dirampas diperolehi dari utara Semenanjung, sebelum dihantar ke ibu negara untuk diedarkan kepada pembeli di sekitar Lembah Klang secara bersemuka dan dipercayai boleh digunakan oleh 473,760 penagih. – Bernama, 20 September, 2022.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: DailyExpress_MY - 🏆 3. / 83 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »