Polis rampas bangkai harimau, gading gajah bernilai RM500,000

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 35 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KotaBharu Polis merampas bangkai dua harimau spesis belang dan kumbang serta 10 gading gajah dianggarkan bernilai RM500,000 yang cuba dijual untuk pasaran gelap.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, rampasan berkenaan dilakukan dalam Op Khazanah di sebuah stor di Kampung Bukit Tok Che Dol, Tanah Merah pada 7.40 pagi tadi selepas pemerhatian dibuat pegawai serta anggota dari Cawangan Operasi Khas dan Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan.

"Suspek kemudian membuka pintu stor dan terus masuk ke dalam dan anggota yang membuat pemeriksaan menjumpai bangkai harimau belang serta harimau kumbang yang tersimpan di dalam peti sejuk beku tanpa organ dan juga kemaluan," katanya dalam sidang media di IPK Kelantan, di sini, hari ini. Katanya, pemburu haram terbabit dipercayai mendalangi sindiket membabitkan pemburu dan penyimpan, selain pembeli membabitkan orang yang berbeza.

Shafien berkata, berdasarkan pasaran gelap, harga bagi seekor harimau belang adalah RM300,000 dan RM100,000 untuk harimau kumbang manakala sebatang gading gajah pula dianggarkan bernilai RM10,000 bergantung kepada saiz dan timbangan berat.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

manusia ni kalau tak guna akal tak boleh beza antara dia dan syaitan iblis

Kucing punya banyak...harimau jugak kau tembak...babi punya pemburu haram

Apa la khabar harimau kumbang yang kena tangkap hari tu

Bagi senjata kepada ranger hutan.. Ni ko bagi parang jer pemburu ade pistol mmg x kemana lab

Kesian nya rimau & sunbear why humans are so terrible & greedy

larat pulak nak angkat .....ratus kg tu ....

mcm-mcm berlaku kat kelate

Lepas rampas buat apa? Jual kat past terang ke apa? Aku blur bila kuar berita camni. Wartawan tak tanya ke masa press conference?

Grrr

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines