Polis buru lelaki larikan 3kg barang kemas | The Malaysian Insight

  • 📰 msianinsight
  • ⏱ Reading Time:
  • 53 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 63%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Polis buru lelaki larikan 3kg barang kemas

POLIS sedang memburu lapan lelaki bertopeng disyaki menyamun dan melarikan barang kemas seberat kira-kira 3 kilogram dari sebuah rumah di Taman Bukit Kinrara, Puchong, pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata dalam kejadian pada 4.10 pagi itu, semasa berada di luar perkarangan rumahnya, mangsa didatangi lapan lelaki dipercayai warga tempatan, bersenjatakan parang yang memakai baju lengan panjang dan bersarung tangan. “Seorang daripada suspek telah menumbuk muka mangsa beberapa kali dan memaksanya memberitahu di mana tempat wang disimpan sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam rumah.

“Selain itu, suspek turut memaksa ibu pengadu yang juga berada di rumah itu untuk menanggalkan barang kemas yang dipakainya sebelum bertindak menyelongkar setiap bilik di kediaman mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini. Anbalagan berkata suspek melarikan dua beg berisi barangan kemas dianggarkan seberat kira-kira 3 kg dan wang tunai RM5,000.“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi polis bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompak berkumpulan dan bersenjata,” katanya. – Bernama, 1 April, 2023.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 8. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Polis kenal pasti pengirim bungkusan kepada PM, Rafizi | The Malaysian InsightKetua Polis Selangor Hussien Omar Khan berkata pihaknya dalam usaha mengesan individu itu yang dipercayai warga tempatan untuk ditahan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Polis hantar kertas siasatan kes pempengaruh keluar kejian perkauman ke pendakwa raya | The Malaysian InsightPolis mencadangkan 'fatinamyralee' didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Polis hantar kertas siasatan kes berbaur kaum konsert AR Rahman ke pendakwa raya | The Malaysian InsightPolis mencadangkan 'fatinamyralee' didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

PM urges Malaysian businesses overseas to help rebuild local economy | The Malaysian InsightAnwar Ibrahim says they can facilitate foreign investments into country. why should they come back ? Policies are double std just based on race and religion ! Of course. So has it changed yet ? All Malaysian love to save and invest in beautiful Malaysia which is down because of Kleptocracy but are the systems, terms and conditions favourable and fairness or still biased against non Malay ?
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Polis nafi JPJ punca penunggang kemalanganPolis menafikan dakwaan mengenai seorang penunggang motosikal maut akibat sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Polis banyak alami tekanan cenderung bunuh diriKebanyakan warga polis yang mengalami tekanan cenderung membunuh diri disebabkan persekitaran tempat kerja serta status kesihatan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »