Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi, seorang lelaki yang juga pengadu bersama rakannya sedang makan di sebuah gerai sebelum mendapati dua kumpulan lelaki sedang merusuh.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kesemua suspek itu dipercayai bergaduh di antara satu sama lain dengan menggunakan senjata besi dan botol arak. Kata beliau, rentetan pergaduhan itu, suspek turut bertindak merosakkan beberapa buah kereta termasuk keretanya yang diparkir di kawasan itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati, kereta pengadu mengalami kerosakan pecah cermin belakang dan cermin penumpang belakang sebelah kanan.Dalam pada itu, Amihizam berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh tampil membantu siasatan. “Mereka boleh menghubungi talian hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” jelasnya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »