: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pelabur asing dan peneraju industri dari rantau Asia bahawa isu kestabilan politik di Malaysia tidak berbangkit ketika ini.
Dalam catatan di Facebooknya, beliau berkata perkara itu dijelaskan kepada lebih 400 hadirin yang kebanyakannya adalah pelabur pada sesi perbualan tengah hari anjuran badan pemikir, Milken Institute di Singapura hari ini yang turut menganjurkan Sidang Kemuncak Asia ke-10 selama tiga hari di republik itu.
Menurut catatan itu, Anwar pada sesi berasingan turut bertemu dan berbicara dengan 22 usahawan, ketua organisasi pelaburan dan perbankan di Asia dan menggunakan kesempatan itu menjelaskan mengenai dasar fiskal negara dan makna kelestarian daripada perspektif Malaysia Madani yang mencakupi pelbagai sudut.
“Saya simpulkan bahawa Malaysia memberi fokus kepada melengkapi serta memberi nilai tambah pertumbuhan ekonomi dan sosial bersama negara-negara jiran,“ katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: DailyExpress_MY - 🏆 3. / 83 Read more »