: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 yang memberi fokus terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah, selain meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan.
NACS 2024-2028, menggantikan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023, ialah komponen penting agenda reformasi Malaysia yang menggariskan strategi-strategi teras secara menyeluruh dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia. Berucap pada Majlis Peluncuran NACS 2024-2028 di sini hari ini, Anwar berkata isu rasuah tidak boleh dipandang ringan dan semua pihak termasuk masyarakat awam perlu memainkan peranan membanteras permasalahan itu.
“Bila kita luncurkan agenda ini , ya tentu tonggaknya masih Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia , tetapi ia juga melibatkan yang lain Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan agensi lain, yang harus memastikan negara ini beranjak daripada ketelanjuran lalu dan lebih bertekad untuk membanteras .
“Saya punya keyakinan kepada Azam dan keluarga SPRM yang telah diberi amanah, kepercayaan dan dukungan ... tidak kenal darjat dan kedudukan supaya rakyat dapat mesej yang jelas,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: gizmochina - 🏆 18. / 53 Read more »