Menteri Kanan , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika kes terus meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan.
"Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri."Kita berharap tindakan kita belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok," katanya pada sidang media selepas melawat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, setakat ini rentas negeri masih lagi dibenarkan melainkan ada pengumuman lain esok. Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai supaya menjaga diri sendiri dengan mengikut SOP ditetapkan dan tidak mengharapkan pasukan keselamatan."Apa yang membimbangkan Aidiladha nanti bila acara sembelih lembu, tiada jarak sosial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan," katanya yang turut memaklumkan pintu sempadan negara masih ditutup.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »