Pique alami kecederaan lutut serius

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 26 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 14%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

bolatime barcelona Pemain Bercelona, Gerard Pique mengalami kecederaan lutut serius, selepas perkara itu disahkan oleh kelab berkenaan dan pertahanan itu dijangka berehat sekurang-kurang dua bulan.

Pique menangis ketika dipimpin keluar dari padang ketika Barca kalah 0-1 kepada Atletico Madrid dalam saingan La Liga semalam selepas berlanggar dengan Angel Correa.

"Ujian menunjukkan dia mengalami kecederaan ligamen tahap tiga dan separuh ligamen Anterior Cruciate Ligament lutut kanan," kata Barcelona dalam satu kenyataan. Kelab berkenaan juga mengesahkan Sergi Roberto, yang boleh bermain di pertahanan kanan atau tengah, juga tidak dapat beraksi selama dua bulan selepas mengalami koyak otot paha.

Tidak ada kenyataan rasmi bila Pique akan kembali namun laporan media Sepanyol menjangkakan dia tidak dapat beraksi selama dua hingga enam bulan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines