Pihak berkuasa tahan suspek pembunuh Presiden Haiti - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 26 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 14%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

penangkapan itu dilakukan dalam tempoh kurang 24 jam

PORT-AU-PRINCE: Pihak berkuasa negara ini menahan beberapa ‘suspek pembunuh’ dalam tempoh kurang 24 jam selepas insiden serangan kumpulan bersenjata yang mengorbankan Presiden Haiti, Jovenel Moise di kediamannya semalam.Timbalan Menteri Komunikasi Haiti, Frantz Exantus berkata, kumpulan bersenjata itu ditahan polis di Pelerin sebelum pukul 6 petang waktu tempatan.

Insiden yang berlaku di kediaman peribadi Moise itu turut menyaksikan Wanita Pertama, Martine Moise cedera. Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung serangan tersebut.“Kediaman Moise diserang kira-kira pukul 1.00 pagi waktu tempatan oleh kumpulan bersenjata yang bercakap dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol,” katanya.

Selain itu, lapangan terbang di sini ditutup buat sementara waktu dan keadaan sekitar dilaporkan sunyi. – AFP

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.