Piala Sumbangsih kekal di Johor

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 40 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

bolatime Johor JDT mengekalkan gelaran juara Piala Sumbangsih kali keempat berturut-turut.

Jaringan 'ayam tambatan' skuad Harimau Selatan, Safawi Rasid pada babak pertama dan Natxo Insa pada babak kedua sudah memadai buat pasukan itu mengutip tiga mata dalam saingan pembuka tirai Liga Super sekali gus memastikan skuad Lang Merah terus kempunan dua musim berturut-turut membawa pulang piala itu.

Palang gol terus menjadi penghalang anak didik Benjamin Mora untuk meleraikan jaringan pada minit ke-10 selepas bola tandukan ke belakang Fernando Rodriguez di sambar Gonzalo Cabrera yang merembat bola kencang di sebelah sudut kiri namun masih belum mampu menggegar jaring. Tuan rumah menanti sehingga minit ke-34 untuk memecah kebuntuan selepas gerakan menarik yang dimulakan Afiq Fazail mengumpan bola tepat kepada Safawi Rasid yang bertindak memusingkan badan sebelum merembat bola leret menewaskan Mohd Ifwat.

Babak kedua menyaksikan skuad Harimau Selatan terus memberi tekanan terhadap benteng anak didik Aidil Shahrin Sahak sehingga memaksa Mohd Ifwat terpaksa dikeluarkan pada minit ke-50 apabila bertembung dengan Safawi dan digantikan dengan Mohd Shahril Sa'ari.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Tahniah JDT

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.