PGA Sarawak rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM3 juta

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 39 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KuchingPasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas rokok dan minuman keras seludup dianggarkan bernilai lebih RM3 juta di daerah ini dan Miri, semalam.

Komander PGA Sarawak, Senior Asisten Komisioner Mancha Ata berkata, pemeriksaan ke atas sebuah bengkel di Batu 13, Jalan Kuching-Serian di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam merampas pelbagai rokok dan minuman keras.

Katanya, pemeriksaan ke atas tiga lori di bengkel terbabit menemukan 5,000 karton rokok dan 1,697 kotak minuman keras dipercayai barang seludup.Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan tangkapan serta rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Mancha, kejayaan Op Libas oleh pasukan Unit Risik Batalion 12 PGA Miri itu hasil serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah rumah di King's Park Miri, Jalan Bintulu-Miri sekitar jam 5.45 petang semalam. Dalam pada itu Mancha berkata, Batalion 11 PGA Batu Kawa turut menemukan pelbagai barangan keperluan harian ketika menjalankan rondaan Op Benteng di kawasan Gua Ming, Sri Aman kira-kira jam 10 pagi Selasa lalu.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines