Peserta bukan pilihan kuasai hari terakhir angkat berat

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 27 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 14%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Atlet Terengganu, Nur Shafika Shamsuddin mengungguli acara 81kg wanita, manakala Abdila Iyad Abdul Jalil meraih emas 96kg lelaki.

Shafika terpaksa menanti selama enam tahun untuk memperoleh emas dalam temasya itu sejak membuat penampilan di Sukma Sarawak 2016, dan lebih manis dia menumbangkan peserta pilihan dari Johor, Mimi Syazwani Zainal Abidin yang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

“Pada asalnya saya datang ke sini untuk menang pingat perak sahaja, sebab empat tahun lalu di Sukma Perak, saya hanya mengakhiri saingan di tempat keempat. “Jadi saya anggap ini penutup manis sepanjang tiga kali saya beraksi di Sukma sebab saya dah tak boleh menyertainya lagi selepas ini kerana akan terlebih umur,” kata Shafika.

Tidak cukup dengan itu, Iyad turut memperbaiki rekod peribadinya apabila membuat angkatan 285kg keseluruhan, mengatasi pencabar dari Sarawak, Hussein Omar Mayah dengan 255kg.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.