Seramai 281 peserta yang mengikuti Penampang Youth Day ke-lapan sempena cuti sekolah Sept lalu, mempunyai memori indah untuk dikongsikan kepada rakan-rakan belia.
PYD-8 di Gereja Divine Mercy, Maang telah membuka mata ramai belia tentang panggilan Tuhan, pengampunan, kasih Tuhan yang agung, persahabatan dan banyak lagi. Berikut merupakan beberapa perkongsian daripada peserta PYD-8: Selepas mengikuti YD-8, saya memahami erti"Bangkit dan Bersaksi". Sebelum ini, saya kurang percaya pada diri sendiri. PYD-8 membantu saya mengatasinya dengan cara mendekatkan diri pada Tuhan, mempercayai-Nya agar tidak gentar menghadapi semua cabaran.
PYD-8 juga membuka mata saya akan pentingnya memelihara alam ciptaan Tuhan. Kita haruslah menjaga pemberian Tuhan dan mengekalkan keindahan alam sekitar. Saya akan berusaha menghidupi ‘Let it be Green’ dengan sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar seperti mengamalkan amalan 5R . Saya berharap agar saya dapat mengikuti PYD yang seterusnya iaitu PYD ke-9 dan menjadi saksi kepada Tuhan. Saya berharap agar iman saya dan keluarga lebih dalam.Kebanyakan sesi PYD 8 banyak menyentuh hati saya dan memberi motivasi kepada saya. Saya juga berharap agar dapat membantu menyedarkan kawan-kawan yang sekarang mengalami masalah dan kemurungan bahawa Yesus adalah sumber sukacita dan Juruselamat yang kita perlukan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »