Penyokong tegar Itali mengamuk

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

bolatime itali Ratusan fahaman neo-fasis dan penyokong tegar bola sepak di Itali berkumpul di Circus Maximus Rome semalam bagi menyatakan protes terhadap kerajaan mengenai tindak balas menangani Covid-19.

Sebahagian daripada mereka yang melakukan protes membaling botol dan bom asap ke arah polis serta wartawan selepas pergaduhan di antara dua kumpulan tercetus apabila salah satu kumpulan mula berbicara dengan media.

Jeritan, 'wartawan, pengganas' jelas kedengaran tatkala polis yang menggunakan perisai melakukan benteng di kawasan berkenaan. Penganjur demonstrasi berkenaan menulis di laman Facebook, 'Boys of Italy' yang terkenal dengan fahaman neo-fasis dan penyokong ultra, bahawa mereka berdiri teguh bersama orang yang 'yang tidak tahu bagaimana lagi jalan mencari makanan untuk anak-anak mereka'.

"Ia bukan dan tidak akan menjadi protes berbentuk keganasan, serta tidak membawa label politik," jelas kumpulan berkenaan.Polis menahan lapan orang, berdasarkan laporan akhbar II Messaggero jumlah yang menyertai perhimpunan berkenaan berkurang kepada ratusan selepas ia bermula dengan 2,000 orang mengambil bahagian.

Peminat tegar dari kelab gergasi seperti Lazio dilaporkan turut mengambil bahagian namun ada yang menyatakan pendirian tidak menyertai perhimpunan itu.Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 8:15 AM

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.