Pemuda Amanah gesa PH muktamad pembahagian kerusi PRU-15

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 50 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Perkembangan semasa politik tanah air menuntut parti-parti politik untuk segera membuat persediaan menghadapi situasi yang berbeza dan lebih mencabar berbanding PRU sebelumnya.

PETALING JAYA: Pemuda Parti Amanah Negara menggesa Pakatan Harapan memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menumpukan agenda menang Pilihan Raya Umum Ke-15 .

Timbalan Ketua Pemudanya, Razak Ridzuan berkata, ini berikutan perkembangan semasa politik tanah air menuntut parti-parti politik untuk segera membuat persediaan menghadapi situasi yang berbeza dan lebih mencabar berbanding pilihan raya umum sebelumnya. “Menyedari hal ini, Pemuda Amanah ingin menyeru seluruh kepemimpinan PH di semua peringkat untuk segera menyelesaikan urusan pembahagian kerusi dan hal berkaitan PRU.

“Ini bagi memastikan persediaan jentera dapat dibuat dan gerak kerja boleh ditumpukan untuk meningkatkan sokongan kepada PH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.“Ini bagi memberi mesej jelas kepada rakyat bahawa PH bersedia dan serius untuk mengambil alih Putrajaya dengan menawarkan sebuah kerajaan yang stabil dan kompeten.

“Justeru, Pemuda Amanah amat berharap kepimpinan tertinggi semua parti khususnya Majlis Presiden dapat mengambil serius saranan ini bagi memastikan PH menang dalam PRU-15 akan datang,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.