Pembinaan SUKE ditutup serta merta - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 38 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini berikutan susulan kejadian komponen kren yang jatuh di tempat kejadian, pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang di Jalan Alam Damai, Cheras di sini diarah menghentikan kerja pembinaan, serta merta.

“Setakat ini, kita telah mengarahkan agar segala kerja pembinaan oleh pihak pemaju dihentikan serta merta berikutan kejadian ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini. Hari ini, struktur kren tumbang lalu menghempap sebuah kenderaan di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.

Fadillah berkata, kerja-kerja penyelamatan diketuai oleh pihak bomba dan disertai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Lembaga Lebuh Raya Malaysia. “Operasi menyelamat dijangka akan mengambil masa sehingga tengah malam ini dalam tempoh tersebut, laluan di bawah tapak projek ini juga turut ditutup kepada lalu lintas,”katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines