Pegawai penyiasat dari Unit D5 tiba ambil keterangan Abdul Hadi

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 62 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 28%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Che Sulaiman berkata, satu sidang akhbar akan dilakukan selepas proses rakaman percakapan selesai.

PETALING JAYA: Pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tiba di di Pejabat Pas Pusat kira-kira pukul 11.20 pagi tadi.

Kehadiran pegawai penyiasat itu untuk mengambil keterangan berkaitan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dipercayai mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar minggu lalu.Terdahulu, seramai kira-kira 20 petugas media telah berkumpul sejak pukul 9 pagi tadi berkaitan kes tersebut.Kelmarin, Abdul Hadi yang sepatutnya diambil semalam ditangguhkan kerana masalah kesihatan.

Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan dibuka terhadap Abdul Hadi di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sebelum ini, Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu kenyataan di media sosial X mengesahkan Abdul Hadi dipanggil Bukit Aman berhubung laporan polis membabitkan ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil di Simpang Jeram, Muar.

Abdul Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional Johor di Bakri pada dua hari lalu dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Polis ambil keterangan Abdul Hadi hari iniKenyataan pemimpin itu akan diambil Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di pejabat beliau yang terletak di ibu negara.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Polis tangguh ambil keterangan Abdul HadiProses mengambil keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan beliau yang dipercayai mempertikai kuasa Lembaga
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Abdul Hadi lawat Tun M, didakwa memperbodohkan polisPresiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang didakwa seolah-olah cuba memperbodohkan pihak berkuasa selepas melakukan kunjungan hormat ke kediaman
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Abdul Hadi diambil keterangan hari iniAbdul Hadi diambil keterangan hari ini
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Tangguh ambil keterangan Hadi atas masalah kesihatan, kata KPNIa susulan satu laporan polis dibuat berhubung ucapannya dalam kempen PRK di Simpang Jeram, Johor.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Polis ambil keterangan Hadi esokBukit Aman berkata mengambil keterangan Hadi terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »