Pegawai kadet Palapes UPM kadet darat terbaik wanita

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 42 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Tidak menyangka menerima penganugerahan tersebut walaupun ditauliahkan setahun lewat disebabkan pandemik Covid-19.

PETALING JAYA: Pelajar Sains Fizik dengan kepujian Fakulti Sains daripada Universiti Putra Malaysia menjadi satu-satunya wanita yang menerima anugerah Pegawai Kadet Terbaik Darat semasa istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Awam yang ke-41 di Universiti Utara Malaysia , Sabtu lalu.

Leftenan Muda Norazimah Rohamat, 23, berkata, dia tidak menyangka menerima penganugerahan tersebut walaupun ditauliahkan setahun lewat disebabkan pandemik Covid-19. Katanya, dia turut berasa tercabar kerana pegawai kadet darat daripada universiti lain adalah pegawai kadet lelaki. “Pada awalnya, saya rasa tercabar namun sokongan daripada pegawai dan jurulatih, saya akhirnya dapat melaluinya dengan baik,” katanya.

Pegawai Kadet Terbaik Palapes Laut UPM pula dianugerahkan kepada pelajar daripada Ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa Leftenan Muda, Lim Joethinn, 22.Seramai 90 Pegawai Kadet PALAPES UPM menerima pentauliahan pada istiadat kali ini yang disampaikan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin di Padang Kawad Palapes UUM dan Dewan Mu’adzam Shah, UUM, Kedah. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.