PBB terima pakai resolusi genjatan senjata di Libya

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 61 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 28%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Resolusi PBB menyeru semua negara dan wakil antarabangsa yang menghadiri Persidangan Berlin di Libya pada 19 Jan supaya menunaikan komitmen mereka. FMTNews PBB

Di sebalik gesaan gencatan senjata berkekalan di Libya, tentera Haftar masih melancarkan serangan menyasarkan kerajaan yang sah dan setakat ini mengorbankan lebih 1,000 nyawa.

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Rabu menerima pakai satu resolusi mengenai operasi multinasional untuk mengawasi gencatan senjata yang berkekalan di Libya, lapor agensi berita Anadolu. Resolusi yang dikemukakan Britain itu, menyeru gencatan senjata segera dilakukan, menamatkan bekalan senjata kepada kedua-dua pihak bertelagah, mematuhi sekatan senjata dan mengundurkan tentera serta melarang campur tangan oleh mana-mana negara anggota dalam krisis di Libya.Resolusi itu juga menyeru semua negara dan wakil antarabangsa yang menghadiri Persidangan Berlin di Libya pada 19 Jan untuk menunaikan komitmen mereka.

Setiausaha agung PBB Antonio Guterres diminta menyediakan laporan mengenai langkah dan syor yang perlu diambil untuk memantau keberkesanan usaha gencatan senjata. Komander Khalifa Haftar semasa di Persidangan Berlin bersetuju menghantar wakil untuk menganggotai suruhanjaya tentera yang dicadangkan PBB. Setiap pihak yang bertelagah akan menghantar 5 wakil untuk memantau pelaksanaan gencatan senjata itu.Sejak April lalu, tentera Haftar telah melancarkan serangan menyasarkan kerajaan yang sah di Libya, menyaksikan lebih 1,000 orang tekorban.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Degil… Ahli bina badan meninggal dunia dijangkiti koronavirus kerana enggan pakai topengQiu Jun, 72 hanya mampu bertahan 4 hari ketika menerima rawatan di hospital selepas kerap pergi gimnasium kerana tidak mahu pakai topeng muka. FMTNews FMTOhsem KoronaVirus Wuhan Arrogance is normal for Chinese
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Pengarah urusan Jepak Holdings kroni Mahdzir, kata peguam bela | The Malaysian InsightJagjit Singh mendakwa Mahdzir terima sogokan dari Saidi Abang Samsudin dan rakan niaganya Rayyan Radzwill Abdullah untuk luluskan projek solar.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Balu juruhebah lega terima bantuanSungaipetani 'Alhamdulillah, saya lega dan syukur terima bantuan ini. Dapatlah saya teruskan kehidupan bersama anak yang masih kecil,” kata Nor Hafizah Abdul Ghaffar, 35.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Lokman terima surat pemecatan dari Umno | The Malaysian InsightBeliau akan berbincang dengan peguamnya sama ada akan merayu keputusan tersebut.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Premis barangan tiruan diserbuLIMA lelaki termasuk pengarah syarikat dan seorang wanita ditahan dalam serbuan di tiga premis berasingan yang menjual barang tiruan di sebuah pusat beli belah di Jalan Gelugor, di sini, semalam.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Mesej itu palsubeluran Polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya terdapat 11 lelaki Filipina bersenjata di sebuah ladang di Beluran.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »