Pasangan kekasih dipenjara enam bulan curi barang kemas

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 37 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Berdasarkan pertuduhan bersama, kedua-duanya pada 8 April lalu, kira-kira pukul 3.45 petang di Kedai Emas Pilah, telah mencuri seutas gelang tangan emas jenis Dunhill seberat 36.76 gram milik kedai emas berkenaan.

KUALA PILAH: Mahkamah Majistret Kuala Pilah di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara enam bulan ke atas sepasang kekasih selepas mereka mengakui bersalah mencuri seutas gelang tangan emas seberat 36.76 gram dari sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah pada 8 April lalu.

Tertuduh, Muhammad Efendi Sanusi Gunarto, 24, dan Nur Sabrina Khairul, 22, mengekalkan pengakuan bersalah mereka di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada 18 April lalu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Saiful Sayoti. Kedua-duanya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. Sebelum ini, media melaporkan sepasang kekasih yang bertindak melarikan seutas gelang emas bernilai RM10,000 dari sebuah kedai emas ditangkap kira-kira pukul 11.30 malam, 14 April lalu di Pudu, Kuala Lumpur. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Lebih empat juta tunai umrah semasa RamadanMenunaikan ibadah umrah semasa bulan Ramadan menjadi pilihan ramai apabila kehadiran lebih empat juta pengunjung direkodkan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Senyap di media sosial, Siqma sibuk berniaga'Saya juga sudah mula aktif semula dengan perniagaan untuk bulan puasa ini'
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Burnt Cheesecake sarat buah untuk tetamu di AidilfitriBurnt Cheesecake sarat buah untuk tetamu di Aidilfitri
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Nelysa mahu OKU dihargai, kongsi pengalaman adik sindrom cri du chatDua orang arwah kakak saya pun anak istimewa iaitu seorang meninggal pada usia dua bulan dan seorang lagi meninggal pada usia tujuh bulan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Jualan sektor peruncitan melonjak 90 peratusJualan sektor peruncitan terutama melibatkan barang keperluan seperti makanan dan pakaian melonjak sehingga 90 peratus sejak minggu lalu.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Suami isteri dalang palsu dokumen diberkasPasangan tempatan berusia 58 tahun itu dipercayai terlibat memalsukan dokumen pengenalan diri, geran kenderaan, lesen memandu dan cukai.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »