81 dari 88 orang peserta yang mengikuti Kursus Katekis Tahap Satu bagi Paroki Sook berjaya menyempurnakan pembelajaran mereka.
Selain Bapa Uskup Cornelius Piong, turut hadir dalam Misa dan majlis konvokesyen ini adalah para paderi dari Paroki Sook iaitu, Fr Boniface Kimsin, Fr Roney Mailap dan Fr Paul Mikin serta tenaga pengajar dari Pusat Pastoral Keuskupan Keningau, Patrick Marius, John Lainsin dan Fredoline Umis. “Belajar mengenai iman kita adalah tanggungjawab kita terus menerus. Sekira- nya umat di keuskupan ini berusaha untuk belajar, mereka mampu untuk sefikiran dengan Kristus dan Gereja. Ini memudahkan Visi dan Misi Keuskupan Keningau iaitu Berjalan Bersama di dalam Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus dapat dilaksanakan,”tegas prelatus itu.
“Iman kita bukanlah statik tetapi dinamik dan berkembang. Oleh itu dengan pengetahuan yang kita ada dalam kursus ini boleh membantu kepercayaan kita menjadi lebih teguh, sehingga kita mempunyai relasi dengan Yesus yang mendalam,” jelas Fr Roney.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »