Pandelela Rinong memenangi acara terjun 10 meter platform wanita selepas mengumpulkan 324.70 mata, pada peringkat akhir yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional di Kuala Lumpur. – Gambar EPA, 25 November, 2022.
Penerjun Australia Milly Puckeridge dan Kim Nahyun dari Korea Selatan masing-masing menang perak dan gangsa, manakala seorang lagi penerjun negara Eilisha Rania Abrial Rajagopal di tempat keempat. Pada Ahad, Pandelela yang akan beraksi dengan pasangannya Nur Dhabitah Sabri, menyasarkan untuk menang satu lagi emas dalam acara terjun10m platform seirama.
Sementara itu dua penerjun lelaki negara juga cemerlang, apabila Ooi Tze Liang menang emas dalam acara terjun 3m papan anjal, manakala rakan sepasukan Chew Yi Wei menang perak.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.