Mat Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Khatib Rasu Abd Salam dijaga ibu bapa kepada Mohd Alhamadi selama kira-kira 30 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 pada usia 104 tahun. – Gambar Facebook, 30 Julai, 2022.
TOKOH sejarah dan pahlawan Pahang Mat Kilau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang pada sambutan peringkat negeri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan hari ini. Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah itu kepada cucu pahlawan tersebut Mohd Alhamadi Abu Bakar yang menerima wang tunai RM10,000, trofi dan sijil.
Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu minggu akses percuma!