Pacuan empat roda Jabatan Perhutanan Terengganu terbakar

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Tiada mangsa yang cedera.

KEMAMAN 1 Ogos – Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Perhutanan negeri terbakar dalam kejadian di kilometer 24, Jalan Mak Lagam – Cheneh berhampiran Kampung Lubuk Batu di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Haki Hasbullah berkata, kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu berlaku ketika kenderaan jenis Toyota Land Cruiser tersebut dalam perjalanan dari Pejabat Hutan Cheneh ke Pejabat Hutan Chukai.“Ketika kejadian kenderaan dipandu Shahrir Bhainuddin, 59, berseorangan.

“Setibanya di tempat kejadian tiba-tiba asap keluar dari bahagian bonet hadapan lalu pemandu memberhentikan kenderaan itu di bahu jalan dan mendapati bahagian enjin berasap dan terus terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mohd. Haki berkata, pemandu itu kemudian terus menghubungi talian MERS 999 untuk mendapatkan bantuan dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh bersama sebuah jentera dan kenderaan pacuan empat roda datang memadamkan kebakaran.

Katanya, kenderaan milik Jabatan Perhutanan Negeri itu terbakar seratus peratus dan kes disiasat dibawah Rule 10 LN166/59. - UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Lelaki maut kereta dilanggar kenderaan pacuan empat rodaJEMPOL 31 Julai - Seorang lelaki warga emas berusia 61 maut selepas kereta dinaikinya dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier di Kilometer 11 Jalan Bahau - Kemayan dekat sini hari ini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Kerajaan berusaha ketatkan akta perhutanan, kata timbalan menteriTengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata cadangan daripada NGO sedang dipertimbangkan. FMTNews
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Rancangan ambil alih empat lebuh raya ditangguh | The Malaysian InsightSemakan itu dibuat kerana Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan rancangan itu dan menawarkannya kepada Gamuda tanpa kelulusan kabinet. Hahahaha...di-tangguh sambil menunggu kajian penuh. Are decisions to spend RM6.2B made without kajian penuh? Pening lah Akbar Singapore je yg tahu? Akbar tempatan mimpi ke? '...wah! Saya sungguh terkejut dengan penangguhan ini... dengan itu sila bayar tol. kalau x mau boleh jumpa SyedSaddiq maszlee baru_bian guanenglim KhalidSamad rafiziramli utk nasihat dan pandangan...' nexttolplease anwaribrahim chedetofficial Khairykj abdulhadiawang
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Empat jam padam api belukarBOMBA mengambil masa empat jam memadam kebakaran belukar dipercayai menjadi tempat pembuangan sampah haram di Jalan Pantai Remis berhampiran Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET), Sitiawan, hari ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

2 gudang milik kilang proses isi tilam terbakarSEGAMAT 31 Julai - Dua buah gudang milik Kilang Bio Vision and Green Energy yang memproses isi tilam musnah dalam satu kebakaran di kawasan Industri 2, Pelabuhan Darat di sini pada pukul 2.38 petang tadi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Tiada kesan negatif empat LMS dibina di ChinaKUALA LUMPUR 1 Ogos - Keputusan kerajaan untuk membina empat kapal misi pesisir (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di China tidak memberi kesan negatif kepada pemindahan teknologi dan pengetahuan serta kebergantungan Malaysia kepada negara China.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »